Date : 04 ~ 05 August 2007
Venue : Ilham Resort, Port Dickson
Gathering kali ni merupakan aktiviti tahunan yg dijalankan oleh AOC. Kali ni, cadangan tempat yg agak menarik telah disuarakan oleh Saudara Daud (Bekas Pengerusi AOC 2006) agar menjalankan aktiviti gathering di Ilham Resort. AOC telah disponsor oleh PNB dengan adanya beliau sebagai org kuat dalam syarikat PNB.
Aktiviti selama 2 hari 1 malam ni kebanyakannya dijalankan di dalam resort ini antaranya barbeQue, sukan pantai, mandi swimming pool, convoi merdeka endurance dan banyak lagi. Kiranya gathering kali ni lebih seronok coz tempatnye memang bessshhhttt... thanks kepada Saudara Daud dan keluarga.. hehe
Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 1 jam setengah menyusuri highway dan tepi pantai menjadikan ia suatu pengalaman yg amat bermakna kepada kami.
Inilah deretan kereta yg turut serta masa kami bertolak. Lebih kurang 8 bijik kesemuanya, tapi dah ade yg gerak awal coz nk siapkan kelengkapan disana termasuklah parking VIP dan hamparan karpet untuk menyambut kedatangan kami.
[Dialog]
Mad Duan : HoHoHo... sungguh enak bangat bahagian peha katak ni, rangup sey diorg panggang.. Urghhh, alhamdulillah.
Rizal : Ko tak rasa bahagian punggung dia lagi.. perghhh, sedap hingga menjilat jari beb !
Mata kengkawan stim jer coz tido lewat malam tadi, layan barbeQue + borak³ larut malam sampai lupa nak tido. Bila dah pagi.. masing³ layu.
[Dialog]
Pian : Adehhh... letih siot malam tadi, macam³ masuk sampai lenguh perut nak bernapas...
Amir : Tu la ko pian, x beringat bila makan... berenti sebelum kenyang la. tengok cam aku.. rileks jer.
Sedia kengkawan, marilah terjun tiruk beramai³ pulak.. kite tengok kepala siapa berdarah dulu kena lantai kolam ni. Hehehehe. Antara aksi ganas yg sempat dirakamkan sebelum salah seorang diantara kami dimasukkan ke Colombia Hospital. ekekeke
[Dialog]
Mad Duan : Usolli fardhu subhi.. erk, nk solat hajat ke solat ape ni??
Rizal : Pegang aku kuat³ geng.. lenguh kaki aku mendaki tadi..
Tarmizi : Atukk kau nk solat tengah³ hutan ni, Daud nk ambik gambar tu..
[Dialog]
Rizal : inilah hasil semalaman memasang bendera.... lenguh kaki sampai bengkok.
