Latest info on aerobackclub.blogspot

*Pengumuman ! Chatbox dah boleh digunakan. Doa² la boleh bertahan lama... kesian staff Samsung.

#Autofest 2007 n UIA Autoshow slide show <-- Click here
# iLham Gathering 2008 Slideshow <-- Click here

Highlite item :

a) Design utk baju aeroback 2009
b) Next activity for 2009
c) Logo AOC 2009
c) Hala tuju AOC 2009

Selasa, 18 November 2008

Gathering 2006 : Linggi, Port Dickson

Catatan perjalanan :
Date : 31 Ogos ~ 1 Sept 2006
Time : 9.30 am

Salam pembuka bicara, setelah meneliti cadangan dari semua ahli kelab. Cadangan untuk mengadakan Gathering buat pertama kalinya untuk kelab Aeroback Owner Club sejak penubuhan secara tidak rasminya pada awal tahun 2006 kini berjaya direalisasikan.

Tujuan Gathering ini di adakan adalah sebagai tanda Aeroback Owner Club dengan secara rasminya ditubuhkan. Selain itu, antara lain tujuan kami mengadakannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli³ kelab khususnya dan peserta³ lain yg turut hadir untuk join sama memeriahkan majlis gathering ini.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, menjadikan hubungan sesama ahli semakin intim dan lebih saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Gathering yg diadakan selama 2 hari 1 malam ini di adakan di Linggi, Port Dickson. Antara aktiviti yg dijalankan termasuklah aktiviti sukan dikalangan ahli kelab, melawat tempat bersejarah, konvoi merdeka dan banyak lagi. Ikutilah beberapa aktiviti yg berkaitan dengan gathering yg dijalankan.....

Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 2 ¾ jam secara berkonvoi beramai³ yg terdiri daripada lebih 7 biji kereta. Bermula daripada Seremban dan mengikuti highway Seremban - PD terus menuju ke destinasi iaitu Linggi Beach. Uniknya, setiap kereta siap dipasang dengan bendera kebangsaan, bendera Malaysia meraikan Hari Kebangsaan yg ke 48.

Ini menunjukkan jati diri setiap peserta yg berbangga kerana menjadi anak Malaysia yg merdeka. MERDEKA! MERDEKA!.

Selain daripada kereta³ aeroback kami, ade juga bas yg turut berkeras untuk turut serta dalam konvoi beramai³ disekitar Port Dickson. Bagi mengelakkan timbul salah faham antara pemandu bas dengan marshal kami, akhirnya kami nekad untuk hanya mengambil gambar bas tersebut bersama aerobak³ kami. Niat untuk jaga hati beliau dan janji kami untuk memasukkan gambar bas tersebut dalam web blogger ini. Pastilah beliau berbangga kerana dapat masuk surat khabar ! ekekeke....
Belum pun sempat nk berehat, Mad Duan dan Tarmizi dengan x sabarnya terus menukar pakaian kerana x tahan tengok air laut yg membiru di pantai Linggi.
[Dialog tersembunyi]
Mad Duan : Mizi, copek la sikit... aku dh x boleh nk handle ni. Aku terjun dulu boleh ke?
Tarmizi : Woii.. sabo la beb, cover³ la sikit. Diorg tgh meeting group kt belakang tu. Kang x kesampaian hajat kite nnti...

Antara salah satu aktiviti yg dijalankan dikalangan ahli. Teka tajuk filem dimana peserta dikehendaki melakonkan watak bagi tajuk filem yg diberikan oleh Urusetia. Rakan³ dalam kumpulan dikehendaki meneka tajuk apekah lakonan yg dilakukan. Kesemuanya diambil dari lakonan dalam filem Tan Sri P. Ramlee.
[Dialog]
Pian : Aku nk lakon mcm mane ni adie (belakang), x pernah lak aku tengok citer yg ni....
Mat : Ko buat ape benda tu Pian? x paham langsung aku nih..
Cikgu : Mat, aku rasa dia buat aksi dalam cerita Panglima Bujang Lapok kot.. Cobaan.. Cobaan..
Aktiviti makan³ di kawasan bekas sekolah pondok di sekitar Pantai Linggi. Pergh.. memang sedap giler lauk pauk dia. Pulak tu makan beramai³ siap ngn gelak tawa lawak³ dikalangan ahli yang mengeratkan hubungan sesama ahli... Tambah jgn tak tambah !Posing maut ala artis kelab dangdut. Masing³ control hensem, nak masuk muka depan majalah Playboy keluaran Okt 2006 (Cek la kalau x caya.... )

Sebelum aktiviti ditamatkan, cenderamata untuk kenang-kenangan dihadiahkan kepada setiap ahli. Semua pemenang³ juga turut diberikan hadiah sebagai tanda juara. Hadiah yg diberikan dalam bentuk kepingan wang emas lama yg dahulukala digunakan sebagai matawang rasmi kerajaan Arab Saudi yg mana setiap satu bernilai jutaan rupiah. boleh gigit kalau nak tau ke originalan dia... Hehehe, xde la. gurau jer. Jangan mare, nnti muka berkedut cepat tua....

Peserta paling muda yang juga merupakan juara keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Menerima Grand Prize sebiji kereta BMW 5 siries. Tuah dikaki sape yg nampak.....
[Dialog]
Daud : Makk aii.. segan siot kt ahli yg lain, budak setahun jagung ni pun diorg xleh nk kalahkan. buat malu kompeni jer. nyesal aku standby hadiah sebesar ni..
Juara : Terima kasih kengkawan, terutamanya abah... En Abun kerana, tanpamu.. tiadalah aku dan tiadalah kejuaraan ini.. cayalah abah !

Sekian untuk catatan kali ini, kiranya ada salah dan siap harap dimaafkan. Sebarang kekurangan dan kekurang hajaran minta diteguri. Sehingga bertemu di lain hari. Wassalamualaykum Wbt

Sila klik link dibawah ini, sepintas lalu gambar³ di sepanjang aktiviti Gathering Linggi, Port Dickson.
Link 1 : Sepintas lalu, Linggi Gathering
Link 2 : Koleksi Gambar, Picasa Google.

Disediakan oleh,

azizie
http://aziziehamzah.blogspot.com
AOC 8
Nov 18, 2008
11.45 pm