Latest info on aerobackclub.blogspot

*Pengumuman ! Chatbox dah boleh digunakan. Doa² la boleh bertahan lama... kesian staff Samsung.

#Autofest 2007 n UIA Autoshow slide show <-- Click here
# iLham Gathering 2008 Slideshow <-- Click here

Highlite item :

a) Design utk baju aeroback 2009
b) Next activity for 2009
c) Logo AOC 2009
c) Hala tuju AOC 2009

Selasa, 25 November 2008

Ilham Resort Gathering 2007

Catatan perjalanan Gathering ke Ilham Resort 07
Date : 04 ~ 05 August 2007
Venue : Ilham Resort, Port Dickson

Gathering kali ni merupakan aktiviti tahunan yg dijalankan oleh AOC. Kali ni, cadangan tempat yg agak menarik telah disuarakan oleh Saudara Daud (Bekas Pengerusi AOC 2006) agar menjalankan aktiviti gathering di Ilham Resort. AOC telah disponsor oleh PNB dengan adanya beliau sebagai org kuat dalam syarikat PNB.

Aktiviti selama 2 hari 1 malam ni kebanyakannya dijalankan di dalam resort ini antaranya barbeQue, sukan pantai, mandi swimming pool, convoi merdeka endurance dan banyak lagi. Kiranya gathering kali ni lebih seronok coz tempatnye memang bessshhhttt... thanks kepada Saudara Daud dan keluarga.. hehe
Sebelum memulakan perjalanan, kami berkumpul di Highway Seremban ~ PD untuk pembacaan doa selamat semoga lebih diberkati. Pembacaan doa diketuai oleh saye sebagai penulis blog ini. ameeennnn !

Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 1 jam setengah menyusuri highway dan tepi pantai menjadikan ia suatu pengalaman yg amat bermakna kepada kami. Konvoi.. konvoi.. konvoi !

Inilah deretan kereta yg turut serta masa kami bertolak. Lebih kurang 8 bijik kesemuanya, tapi dah ade yg gerak awal coz nk siapkan kelengkapan disana termasuklah parking VIP dan hamparan karpet untuk menyambut kedatangan kami.

Kelihatan Mad Duan ngn EJ aka Rizal yg sedang enak menjamu selera ketika majlis barbeQue yg dijalankan pada malam hari.
[Dialog]
Mad Duan : HoHoHo... sungguh enak bangat bahagian peha katak ni, rangup sey diorg panggang.. Urghhh, alhamdulillah.
Rizal : Ko tak rasa bahagian punggung dia lagi.. perghhh, sedap hingga menjilat jari beb !
Mata kengkawan stim jer coz tido lewat malam tadi, layan barbeQue + borak³ larut malam sampai lupa nak tido. Bila dah pagi.. masing³ layu.
[Dialog]
Pian : Adehhh... letih siot malam tadi, macam³ masuk sampai lenguh perut nak bernapas...
Amir : Tu la ko pian, x beringat bila makan... berenti sebelum kenyang la. tengok cam aku.. rileks jer.

Ini merupakan aktiviti yg paling x perlu di ajak oleh AJK, masing³ dah tau nk buat macam mane. bagaikan histeria semua peserta terjun beramai³ tanpa menghiraukan penduduk setempat yg ikut mandi sekali... macam kambing x pernah jumpe air, ehhh.. kambing kan takut air??
Sedia kengkawan, marilah terjun tiruk beramai³ pulak.. kite tengok kepala siapa berdarah dulu kena lantai kolam ni. Hehehehe. Antara aksi ganas yg sempat dirakamkan sebelum salah seorang diantara kami dimasukkan ke Colombia Hospital. ekekeke

Aktiviti last sebelum berkonvoi balik rumah masing³ adalah upacara bergambar + memberikan cenderamata dikalangan peserta yg terlibat. Muka masing³ seakan³ puas dengan aktiviti kali ni. Moga berjumpa di aktiviti yang akan datang.. insyaAllah.


Berjemaah sekalian, rapatkan saf... solat kali ni akan diimamkan oleh saudara Mad Duan kite. Ok Naheez bolehla kalau nak iQamat sekarang. Bismillah...
[Dialog]
Mad Duan : Usolli fardhu subhi.. erk, nk solat hajat ke solat ape ni??
Rizal : Pegang aku kuat³ geng.. lenguh kaki aku mendaki tadi..
Tarmizi : Atukk kau nk solat tengah³ hutan ni, Daud nk ambik gambar tu..
Semua owner kereta siap sedia untuk berkonvoi balik ke Seremban. Alhamdulillah, kali ni xde kontroversi bas seperti tahun lepas. Tempat berkumpul adalah di seberang jalan berhampiran kem askar Tanjung Tuan, Port Dickson.

Sempat lagi bergambar sebelum konvoi dimulakan. Barisan hadapan EJ aka Rizal, Pian dan Tarmizi dengan gaya santainya....
[Dialog]
Rizal : inilah hasil semalaman memasang bendera.... lenguh kaki sampai bengkok.


Barisan kereta³ nasional yg siap sedia untuk berkorban apa saja demi agama, bangsa dan negara. Inilah barisan kereta kita... yg sedia berjuang. HeHeHe... walaupun hutang kereta dh 2 bulan tertunggak, tapi kami tetap siap n sedia...

Selasa, 18 November 2008

Gathering 2006 : Linggi, Port Dickson

Catatan perjalanan :
Date : 31 Ogos ~ 1 Sept 2006
Time : 9.30 am

Salam pembuka bicara, setelah meneliti cadangan dari semua ahli kelab. Cadangan untuk mengadakan Gathering buat pertama kalinya untuk kelab Aeroback Owner Club sejak penubuhan secara tidak rasminya pada awal tahun 2006 kini berjaya direalisasikan.

Tujuan Gathering ini di adakan adalah sebagai tanda Aeroback Owner Club dengan secara rasminya ditubuhkan. Selain itu, antara lain tujuan kami mengadakannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli³ kelab khususnya dan peserta³ lain yg turut hadir untuk join sama memeriahkan majlis gathering ini.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, menjadikan hubungan sesama ahli semakin intim dan lebih saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Gathering yg diadakan selama 2 hari 1 malam ini di adakan di Linggi, Port Dickson. Antara aktiviti yg dijalankan termasuklah aktiviti sukan dikalangan ahli kelab, melawat tempat bersejarah, konvoi merdeka dan banyak lagi. Ikutilah beberapa aktiviti yg berkaitan dengan gathering yg dijalankan.....

Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 2 ¾ jam secara berkonvoi beramai³ yg terdiri daripada lebih 7 biji kereta. Bermula daripada Seremban dan mengikuti highway Seremban - PD terus menuju ke destinasi iaitu Linggi Beach. Uniknya, setiap kereta siap dipasang dengan bendera kebangsaan, bendera Malaysia meraikan Hari Kebangsaan yg ke 48.

Ini menunjukkan jati diri setiap peserta yg berbangga kerana menjadi anak Malaysia yg merdeka. MERDEKA! MERDEKA!.

Selain daripada kereta³ aeroback kami, ade juga bas yg turut berkeras untuk turut serta dalam konvoi beramai³ disekitar Port Dickson. Bagi mengelakkan timbul salah faham antara pemandu bas dengan marshal kami, akhirnya kami nekad untuk hanya mengambil gambar bas tersebut bersama aerobak³ kami. Niat untuk jaga hati beliau dan janji kami untuk memasukkan gambar bas tersebut dalam web blogger ini. Pastilah beliau berbangga kerana dapat masuk surat khabar ! ekekeke....
Belum pun sempat nk berehat, Mad Duan dan Tarmizi dengan x sabarnya terus menukar pakaian kerana x tahan tengok air laut yg membiru di pantai Linggi.
[Dialog tersembunyi]
Mad Duan : Mizi, copek la sikit... aku dh x boleh nk handle ni. Aku terjun dulu boleh ke?
Tarmizi : Woii.. sabo la beb, cover³ la sikit. Diorg tgh meeting group kt belakang tu. Kang x kesampaian hajat kite nnti...

Antara salah satu aktiviti yg dijalankan dikalangan ahli. Teka tajuk filem dimana peserta dikehendaki melakonkan watak bagi tajuk filem yg diberikan oleh Urusetia. Rakan³ dalam kumpulan dikehendaki meneka tajuk apekah lakonan yg dilakukan. Kesemuanya diambil dari lakonan dalam filem Tan Sri P. Ramlee.
[Dialog]
Pian : Aku nk lakon mcm mane ni adie (belakang), x pernah lak aku tengok citer yg ni....
Mat : Ko buat ape benda tu Pian? x paham langsung aku nih..
Cikgu : Mat, aku rasa dia buat aksi dalam cerita Panglima Bujang Lapok kot.. Cobaan.. Cobaan..
Aktiviti makan³ di kawasan bekas sekolah pondok di sekitar Pantai Linggi. Pergh.. memang sedap giler lauk pauk dia. Pulak tu makan beramai³ siap ngn gelak tawa lawak³ dikalangan ahli yang mengeratkan hubungan sesama ahli... Tambah jgn tak tambah !Posing maut ala artis kelab dangdut. Masing³ control hensem, nak masuk muka depan majalah Playboy keluaran Okt 2006 (Cek la kalau x caya.... )

Sebelum aktiviti ditamatkan, cenderamata untuk kenang-kenangan dihadiahkan kepada setiap ahli. Semua pemenang³ juga turut diberikan hadiah sebagai tanda juara. Hadiah yg diberikan dalam bentuk kepingan wang emas lama yg dahulukala digunakan sebagai matawang rasmi kerajaan Arab Saudi yg mana setiap satu bernilai jutaan rupiah. boleh gigit kalau nak tau ke originalan dia... Hehehe, xde la. gurau jer. Jangan mare, nnti muka berkedut cepat tua....

Peserta paling muda yang juga merupakan juara keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Menerima Grand Prize sebiji kereta BMW 5 siries. Tuah dikaki sape yg nampak.....
[Dialog]
Daud : Makk aii.. segan siot kt ahli yg lain, budak setahun jagung ni pun diorg xleh nk kalahkan. buat malu kompeni jer. nyesal aku standby hadiah sebesar ni..
Juara : Terima kasih kengkawan, terutamanya abah... En Abun kerana, tanpamu.. tiadalah aku dan tiadalah kejuaraan ini.. cayalah abah !

Sekian untuk catatan kali ini, kiranya ada salah dan siap harap dimaafkan. Sebarang kekurangan dan kekurang hajaran minta diteguri. Sehingga bertemu di lain hari. Wassalamualaykum Wbt

Sila klik link dibawah ini, sepintas lalu gambar³ di sepanjang aktiviti Gathering Linggi, Port Dickson.
Link 1 : Sepintas lalu, Linggi Gathering
Link 2 : Koleksi Gambar, Picasa Google.

Disediakan oleh,

azizie
http://aziziehamzah.blogspot.com
AOC 8
Nov 18, 2008
11.45 pm

Sepintas Lalu, Linggi Gathering 2006

Bergambar kenang-kenangan bersama kesemua yg terlibat dalam aktiviti gathering. (xde dalam gambar adalah Saudara Cikgu - sape suh ambil gambar, kan dh x masuk)Penulis bersama beberapa org peserta gathering. Dari kanan atas Mad Duan, kwn Mad Duan, Mohamad Muda, Abun, Haswadi. Dari kiri bawah azizie (Penulis), Tarmizi, Pian dan anak En. Abun.Pengerusi AOC 2006 menerima cenderamata dari Cikgu diatas sumbangan dan jasa beliau membimbing AOC sehingga sampai ke puncak Everest. (xleh puji lebih³.. nnti kena FIRED!!)
Pergh... berterima kasih kt korang, bagi hadiah ni. Lepas ni aku dh xde kt Seremban. Aku duk kt Kelate doh. Jasa kalian aku balas dalam kubur nantu yer... trimasss ! (En. Adi - Bukan ahli)
Terima kasih kengkawan... Sumbangan ini akan aku bahagikan sama rata dengan semua syer³ partner syarikat yg berada dibawah naungan Microsoft. Bill Gates aku bagi sikit jer.... (En. Naheez)
Wehh.. aku x bayar join korang ni tau tak, jgn ler perli³ aku bagi hadiah ni. yolahhh.. nnti dEn swipe credit card bayar boleh??
Pakcik maleh nk nunjuk³ tadi... kalau x, semua hadiah pakcik bolot tau tak. Ni baru suku skill pematah bayangan mengalahkan Silvester Staylone. xpo³.... ade ubi ade batas... len kali try lagi.
Owyeahhh... cover³ sikit cikgu. Tadi dah kantoi x gi meeting group pasal xleh tahan nk terjun laut. Hadiah ni nnti kite share kt belakang tau cikgu... cover³ key!
Inilah wajah bapa mithali kerana berjaya melahirkan juara BMW 5 siries. Boleh minta petua bagaimana menghasilkan anak bertuah ni.. sms PETUA ke 24434. Mengikut terma dan syarat.
Beliaukah pemandu bas yg menimbulkan kontoversi itu? Hehehe... Gurau jer. Kalo xleh gurau... gi duk SURAU ~
En. Mohamad Muda tak ketinggalan juga menerima hadiah kerana memenangi hati ibu mertuanya untuk menackle anak gadisnya. Mesti guna ayat manis ni... tak nak turunkan kt kitorang yg masih bujang ke? !
En. Duan menerima zakat dari En. Mat wakil dari Jabatan Kebajikan setelah disahkan muflis oleh Syarikat Air Syabas Sdn Bhd.
Saudara XxX (Bukan ahli) bersama teropong ajaibnya - utk meneropong anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya aidiladha / Qurban Day.
Penulis juga tidak terlepas daripada menerima sumbangan ikhlas AOC diatas kesudian beliau untuk baca doa makan. Sambil diperhatikan oleh En. Adie.
En. Abun memberikan cenderamata kepada En. Pian. [Dialog Pian : Alhamdulillah, tak sangka dapat jugak hadiah... berlakon tadi x lepas pun, ni mesti nk kena sogok duit kt E. Abun ni !]
Antara kereta³ Wira aeroback yg turut serta dalam aktiviti Gathering Linggi, Port Dickson. Juga bas yg menjadi kontroversi konvoi merdeka...

Perbincangan makan tengahari, budget duit. Dari kanan En Pian, Cikgu dan Mat. Belakang tu ambil kesempatan utk ayat Ustazah, ntah ayat ape la dia guna ni.. ayat seribu dinar kot. hehehe
Posing menggoda Mohamad Muda dan En Pian bersama kereta En Daud (AOC 1 - merangkap Pengerusi AOC 2006)En. Abun bersama anaknya.... pewaris AOC bila dah besar nanti. InsyaAllah...Saudara Pian bersama Wira Aeroback kesayangannya... 3 bulan tunggak, simpan duit nk kawin beb. Sedia untuk dijual. Free exsiden. Turbo 1.8 V-technician. Dashboard rimau.Weii.. smart tak kete aku hari ni? baru semalam basuh tau tak... Linggi punya pasal. kalo x, jgn harap la aku nk hantar carwash... busy busy busy.. hehehe

Disediakan oleh :
azizie
http://aziziehamzah.blogspot.com
AOC 8
18 Nov 08 - 12:32 am

Jumaat, 14 November 2008

AOC Members Club

En. DAUD BIN . . . .
Name : En. Daud
Car Reg : BHB 119
AOC No : 01
AOC Profesyen : Pengerusi (2006)
Age : 27
Status : Single
Location : Kuala Lumpur

Lain³ info :

Hobi - Reading
Kerjaya - Officer
Company - PNB

-----------------------------****-----------------------------

MOHAMMAD MUDA . . .
Name : En. Mohammad Muda
Car Reg : WMN 5513
AOC No : 02
AOC Profesyen : N. Pengerusi (2006)
Age : 27
Status : Married
Location : Kajang

Lain³ info :

Hobi - Autoshow
Kerjaya - Officer
Company - Sanden Sdn Bhd

-----------------------------****-----------------------------

PIAN . . .
Name : En. Pian
Car Reg : WGV 5756
AOC No : 03
AOC Profesyen : AJK (2006)
Age : 27
Status : Married
Location : Kuala Pilah




Lain³ info :

Hobi - Reading
Kerjaya - Officer
Company - PNB